Monday, 12 September 2011


Dulu saintis, kini usahawan kelisa



HARGA ikan kelisa semakin mahal jika ikan itu semakin membesar.



SEBAGAI seorang saintis yang mengkaji kehidupan flora dan fauna menjadi titik tolak kepada Mohd. Zalalnudin Latipi, 31, membuka sebuah kedai menjual spesies ikan terancam kelisa atau juga dikenali sebagai arowana.
Demi minatnya yang berputik sejak kecil Mohd. Zalalnudin nekad meninggalkan jawatannya sebagai seorang saintis. Minatnya kian bercambah apabila beliau berjaya menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sosiologi Pemuliharaan di Universiti Malaysia Sabah.
Ikan kelisa kepada Mohd. Zalalnudin bukan sekadar ikan hiasan malah kepada mereka yang tahu menilainya, ia boleh menjadi sumber pendapatan.
Harganya mampu mencecah ribuan ribu ringgit selain ia digemari oleh kaum Cina di negara ini yang dipercayai membawa tuah kepada pemiliknya.
Namun Mohd. Zalalnudin tidak menyangka hobinya yang suka memelihara ikan itu mampu memberikannya sumber pendapatan tetap kepadanya.
"Dulu saya hanya bela ikan ini di rumah dan saya ada tujuh akuarium di rumah untuk mengisi ikan-ikan ini.
"Namun pada tahun 2005 saya mengambil keputusan untuk berhenti sebagai seorang saintis kerana mahu melibatkan diri secara serius dalam perniagaan menjual ikan kelisa," katanya.
Mohd. Zalalnudin tidak menyangka, kedai yang baru dibukanya itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat malah ikan kelisa juga mendapat permintaan daripada orang Melayu.
"Selain orang Cina, orang Melayu juga menunjukkan minat terhadap ikan ini dan sanggup membelinya walaupun pada harga yang mahal.
"Mereka yang datang ke kedai ini sanggup menghabiskan masa berjam-jam semata-mata mahu melihat kecantikan dan kelicikan ikan kelisa," katanya.
Menyentuh penjagaan ikan kelisa, beliau memberitahu, tidak susah untuk membelanya tetapi perlu memastikan air yang digunakan dicampurkan dengan ubat antiklorin.
"Antiklorin perlu dicampurkan mengikut sukatan yang ditetapkan selain memberi makanan kepada ikan mengikut waktu.


MOHD. ZALALNUDIN menunjukkan buku berkaitan ikan kelisa kepada pelanggan di kedainya, Star Arowana, di Jalan Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.



"Ikan ini kebiasaannya makan sejenis ulat yang banyak dijual di pasaran. Lipas dan cengkerik juga boleh diberi tapi lebih baik beli sahaja di pasaran kerana ditakuti serangga ini membawa racun dan mati jika memakannya," katanya.
Jelasnya, bagi memenuhi permintaan ikan kelisa di kedainya itu, beliau telah membeli dua buah kolam ikan kelisa di Bukit Merah, Perak.
"Kebanyakan ikan-ikan yang ada di kedai di bawa dari sana dan kita akan pilih ikan-ikan terbaik sebelum dipamerkan di kedai bagi menarik minat orang ramai," katanya.
Di kedainya terdapat lebih 200 ekor ikan kelisa pelbagai variasi seperti Malaysia Gold Cross Back Golden Arowana, Malaysia Super Red Arowana, Indonesia Chili Red dan sebagainya.
Lebih istimewa, harga ikan kelisa semakin meningkat jika ikan itu kian membesar.
"Bagi saya ikan ini memang membawa tuah kepada pemiliknya.
"Ikan ini juga tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui cara-cara penjagaan ikan kelisa mereka boleh datang terus ke kedai saya," katanya.
Bagi mereka yang ingin melihat ikan-ikan yang dijual di kedai Mohd. Zalalnudin, kedainya itu terletak di Star Arowana World di Jalan Seberang Perak, Alor Setar.

PPPAT Glami Lemi fokus kajian arowana


Ternakan ikan arowana di Bukit Merah sangat popular di kalangan pengeksport.- Gambar hiasan

BERDASARKAN laporan Jabatan Perikanan, industri ikan hiasan Malaysia telah berkembang dengan pesat.
Ini berdasarkan statistik anggaran tahun 2008 bahawa pengeluaran dari industri ikan hiasan adalah 733 juta ekor ikan.
Ini bersamaan dengan nilai RM759 juta dan ini merupakan peningkatan sebanyak 31.4 peratus (pengeluaran) dan 17.3 peratus (nilai pengeluaran) jika berbanding dengan tahun 2007.
Dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) sehingga tahun ini , ikan hiasan telah di kenal pasti sebagai salah satu komoditi dan bidang usaha yang diberi keutamaan.
Salah satu spesies ikan hiasan utama negara adalah ikan arowana (Scleropages formosus) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti industri ikan arowana sebagai salah satu industri bernilai tinggi.
Bagi memastikan pembangunan industri ikan arowana yang berterusan, Jabatan Perikanan telah mengadakan satu Pelan Pengurusan Pemuliharaan Ikan Arowana di Tasik Bukit Merah supaya habitat asal ikan arowana ini dapat dipulihara.
Di negara ini, Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT) merupakan sebuah pusat penyelidikan di bawah Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan.
PPPAT yang terletak kira- kira 15 kilometer dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan, PPPAT Glami Lemi yang dahulunya beroperasi di Batu Berendam Melaka mula beroperasi di Titi, Jelebu Negeri Sembilan mulai awal tahun 2007.
Fungsi utama PPPAT ini ialah menjalankan pelbagai kajian dalam bidang akuakultur termasuklah;
lMenjalankan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang akuakultur dan perikanan air tawar
lMengkaji, mengumpul dan menyebarkan maklumat yang berkaitan.
lMemelihara perhubungan dan kerjasama penyelidikan dengan lain-lain sektor perikanan dan organisasi
Objekitif PPPAT
lMewujudkan teknologi yang sesuai untuk pembiakan dan ternakan ikan makan dan ikan hiasan air tawar
lMewujudkan pengurusan perikanan yang rasional dan akuakultur mapan persekitaran
lMenjadi pusat rujukan dan perkhidmatan pakar
lMeningkatkan keupayaan teknikal penternak dan kakitangan jabatan melalui latihan dll.
lMeningkatkan hasil keseluruhan ikan yang berkualiti di dalam negara
lPemuliharaan biodiversiti hidupan akuatik
Untuk mencapai objektif tersebut PPPAT Glami Lemi menjalankan aktiviti penyelidikan dalam bidang bioteknologi molekul dan penentuan foligenetik ikan air tawar.
Dalam bidang bioteknologi enzim, penyelidikan ditumpukan untuk menyaring mikro organisma yang boleh berupaya mereputkan komponen-komponen tumbuhan yang tidak dapat dihadam oleh ikan.
Dalam bidang pembiakan ikan, PPPAT mencari kaedah pembiakan terkini serta menghasilkan induk, benih dan baka berkualiti.
PPPAT juga menjalankan kajian ternakan untuk pelbagai spesies ikan air tawar serta merancang program pemilihan genetik ikan untuk menambah produktiviti ternakan ikan.
Selain itu, ia penting dalam bagi mewujudkan kaedah pengurusan perikanan yang rasional dan amalan akuakultur yang mapan kepada persekitaran bagi perairan tertutup. Juga sebagai tempat rujukan dan perkhidmatan pengembangan di dalam bidang perikanan darat seluruh negara.
Ia juga menyimpan inventori spesies ikan di perairan darat Malaysia dan memulihara biodiversiti hidupan air.
Pasaran ikan arowana tertumpu kepada eksport.
Negara eksport utama ialah Jepun, Hong Kong, China, Taiwan dan Kanada.

 Sumber: http://www.utusan.com.my

Utusan Malaysia Online - Agrobiz

Utusan Malaysia Online - Agrobiz

Sunday, 11 September 2011

Nama sains ikan kelisa


Ikan kelisa terbahagi kepada sepuluh spesies: tiga dari Amerika Selatan, satu dari Afrika, empat dari Asia dan dua lagi dari Australia.

Scleropages formosus
§                     Kelisa Emas
§        Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue; nama sainsnya Scleropages formosus)
§        Ikan Kelisa Emas Indonesia: (Indonesian Golden atau Red-Tailed Golden Arowana; nama sainsnya Scleropages aureus)
Ikan Kelisa adalah di bawah CITES (Convention on International Trade in Endangered Species). Dilarang menjual atau membeli Ikan Kelisa tanpa permit. Kebanyakan Ikan Kelisa di dalam akuarium rumah adalah daripada "fish farm" yang membiak ikan ini untuk dijual dan dieksport ke negeri lain, seperti Jepun dan Amerika.
Famili ini mengandungi dua subfamili, Heterotidinae dan Osteoglossinae, semuanya kecuali dua daripada sepuluh spesies yang wujud adalah ahli yang kedua. Species are given with one or more prominent common names.
Famili Osteoglossidae
§                     Subfamili Heterotidinae
§                                 Genus Arapaima
§                  Arapaima atau pirarucu, Arapaima gigas
§                               Genus Heterotis
§       African arowana, Heterotis niloticus
§                     Subfamili Osteoglossinae
§                                Genus Osteoglossum
§        Silver arowana, Osteoglossum bicirrhosum
§         Black arowana, Osteoglossum ferreirai
§                                 Genus Scleropages
§     Red-tailed golden arowana Scleropages aureus   
§     Green arowana atau gold crossback arowana, Scleropages     formosus 
§    Gulf saratoga, red saratoga atau northern spotted barramundi, Scleropages jardinii 
§ Red arowana, super red arowana, atau chili red arowana, Scleropages legendrei
§        Saratoga, silver saratoga atau spotted barramundi, Scleropages leichardti 
§       Silver Asian arowana, Scleropages macrocephalus
Spesies ini adalah salah satu daripada dua kadangkala dikenali sebagai Australian arowana atau Australian bonytongue.
Satu kajian genetik menunjukkan bahawa keturunan yang membawa kepada arapaima dan arowana Afrika mencapah kira-kira 220 jutaan tahun dahulu, semasa Triassic Akhir; keturunan membawa kepada arowana perak dan biru gelap Amerika Selatan mencapah kira-kira 170 jutaan tahun dahulu, semasa Jurassic Tengah. Manakala keturunan arowana Australia mencapah membawa kepada arowana Asia kira-kira 140 juta tahun dahulu, semasa Cretaceous Awal.


Ikan Kelisa


Ikan Kelisa (Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.
Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil. Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...