Sunday, 9 October 2011

CITES

CITES
Convention On International Trade In Endangered Species Of Wild Fauna And Flora

IKAN Arowana atau Scleropages formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya. Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa sejak 70-an sehingga kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan pupus. Oleh kerana itu spesies ikan ini telah dilindungi sebagai spesies kawalan untuk diimport dan dieksport di bawah Convention on the International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES)

CITES telah diasaskan dan telah ditandatangani di Geneva, Switzerland pada penghujung tahun 70'an secara bersama oleh beberapa buah negara yang menggariskan spesis Arowana Asia (Scleropages formosus) sebagai spesis fauna yang paling dilindungi (Appendix 1 akta CITES), sekaligus membasmi daripada terus diancam kepupusan. Badan ini juga berperanan untuk memantau isu-isu penangkapan, pemilikan, pemasaran, pembiakan, penyeludupan, pengimpotan dan pengekspotan secara haram di negara-negara yang diharamkan perdagangannya. Secara komersial, bagi setiap arowana Asia yang telah menjangkau ukuran 5 - 6 inci panjang (piawaian ekspot), mereka lazimnya akan disertakan 'tag' bersamanya melalui kaedah penyuntikan sebutir 'mikrocip berdigital', dengan menyuntik-masuk ke dalam tubuh menerusi bawah salah satu kepingan sisik arowana Asia (biasanya pada sektor abdomal), bertujuan bagi menetapkan identiti atau jenis keturunan serta tempat asal ia dibiakkan (ladang pembiakan).

Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab dalam memantau segala aktiviti-aktiviti yang membabitkan spesis fauna air tawar yang dilindungi ini. Untuk tujuan pembiakan komersial pula, para bakal pembiak lazimnya harus memiliki sekurang-kurangnya 50-80 ekor baka ternak asal bagi melayakkan usaha mereka untuk membiakkan arowana Asia dan seterusnya melaksanakan aktiviti pemasaran domestik, mengimpot atau mengekspot. Manakala setiap generasi biak komersial (generasi F2 - Second Filial, dan seterusnya) seperti Kategori Emas dan Kategori Merah, sijil perakuan identiti yang diiktiraf oleh sekretariat CITES akan disediakan oleh pembiak, untuk diserahkan bersama-sama 'produk komersial' mereka kepada setiap bakal pelanggan yang berpotensi. Ini juga adalah sebagai langkah rasmi bagi pembiak-pembiak komersial menjalankan aktiviti-aktiviti pengekspotan dan juga pengimpotan spesies ikan hiasan ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...